Saturday 2 November 2013

Last Day of Internship at CELESTICA

Alhamdulillah tamat jugak akhirnya LI selama 5 bulan di Celestica,Kulim. Banyak kenangan manis semasa internship kat sini. Thank sangat untuk manager, supervisor dan kawan-kawan kat shipping sebab sudi terima ejum and layan laa perangai ejum yang ntah laa macam budak-budak jugak.. Btw, sedih sangat last day kerja tadi. Lima bulan tu sekejap je rasanya. Time2 nak balik lah boleh pulak menangis. Ya allah berat sangat sebenarnya nak berpisah dengan dorang. Tapi apakan daya setiap pertemuan pasti ada perpisahan jugak. Ejum akan rindu dekat mereka semua.. Gambar yang kat bawah ni last day kerja tadi kat Celestica. Dah last2 la kan baru nak bergambar ramai-ramai. Semua ni adalah kenangan..


Yang hujung kiri sekali tu ejum panggil dia abg fuji. Dia ni sporting and semppoi ! Syok sangat kalau dah berborak dengan dia. Adalah jugak kadang-kadang dia sakat ejum. Tapi tak ambil hati pun. 

Sebelah abg fuji tu pulak, abg madi. Abg Madi ni pun best jugak. Dia sporting habis. Selalu jugak lah kadang borak dengan dia. Buat kerja pun bagus. Will miss him !!

Next is Fahimi. Fahimi ni yang ajar ejum buat invoice for export shipment. Sangat faham apa yang dia ajar tuh .. If kami ada masalah salah faham sikit, tapi kami tetap kawan. Kawan sampai bila-bila. Masa nak balik tadi sempat lah dia wish suruh belajar elok-elok.. Thank Fahimi (:

Okay sebelahnya pulak supervisor for import, Abg Bad. Dia seorang supervisor yang terbaik lah. Buat kerja pun okay semua lah okay. Tadi masa last tengok gaya muka dia macam nak menangis tapi bajek control macho lah tu kan.. Tak tau ntah-ntah masa ejum dah balik, dia teriak giler2 kot. HEHEHE .. Abg Bad suka perli cakap ejum. Yela orang Utagha ngan Selatan kan lain loghatnya .. Tapi takpela gurau-gurau je kan semua tu..

HA HA yang baju kuning oren tu la manager ejum, En. Hafiz. Dia seorang manager yang tegas. Tapi tegas dia pun, sebenarnya baik orangnya. Banyak ilmu yang dia bagi dekat ejum. Hopefully ejum akan ingat sampai bila2 and dia banyak tolong ejum buat report masa LI ni. Thank En. Hafiz ..

Sebelah En.Hafiz ni pulak, Abg Din. Abg Din ni buat kerja berkaitan dengan kastam, kastam and kastam. Ada jugak ejum belajar pasal kastam ni dengan abg din. Abg Din ni suka cakap bahasa utara yang ejum x faham .. Dia suruh ejum cakap utara, ejum cakap lah. Dan2 dia kata bunyi macam orang siam cakap ..HAHA HIHI. saje je test2 cakap orang utara.

Alamak ! tak nampak pulak muka Abg Azri ni.. Ejum tinggi sangat kot. HEHE.. Abg Azri ni buat kerja semua kemas elok je.. Macam tuan nya jugaklah.. Abg Azri adalah ajar ejum buat kerja eksport jugak masa LI ni.. Faham and faham apa yang Abg Azri ajar.. Thank Abg Azri ..

Hujung kanan sekali ni supervisor eksport ejum, En. Nasli. En. Nasli ni kira pangkat dah tinggi jugak la. Jarang tau nak tengok dia ni marah2.. Dia relax and cool .. Cara bercakap pun lembut je. Bagus2 .. HEHEHE .. tadi masa nak balik sempat la cakap dengan dia halalkan ilmu yang dia bagi pada ejum sambil cakap sambil nangis.. Seriously dah xboleh nak tahan sangat dah. hope lepas ni dapat jumpa dekat2 luar sana ..

Yang blah depan pakai baju belang-belang tu nama dia Zulikha. Tapi ejum panggil dia Kak Ika sebab dia lagi tua dari ejum. Dia la peneman ejum waktu-waktu break. Lepas ni tak tau lah kak ika lunch dengan sape pulak. Suka berborak dengan kak ika lagi kalau time dia gelak .. Tapi kak ika ni hati kering susah nak menangis .. ejum last tadi pun dia tak nangis .. HEHE.. 

And last one, my sista Kak Ida. Ejum sayang sangat kat kak ida. Selalu bergurau, usik and main kepala dia. Tadi nak balik ejum nangis, dia pun nangis. Kak Ida ada la bisik kat ejum suruh jaga diri baik-baik. Lagi lah sedih sangat time tu .. Ejum paling rapat dengan kak ida. Rapat sangat. Rasa macam tak nak balik je tadi .. pape pun benda dah lepas. Jadikan semua ni sweet memories dalam hidup ni.

THANK TO ALL SHIPPING TEAM .. PRAY FOR ME .. WILL MISS AND MISS YOU ALL !!





No comments:

Post a Comment